12 Oktober 2014

RESEPI : CORNFLAKES COKLAT

askm..hai..jumpa lagi kita dekat blog..dah lama rasanya arin tak mencoret kan..haha..biasanya la arin sibuk dengan hal kerja dengan hal negara( al negara la sangat kan). Ok..hari nie arin nak share satu resepi. Dah lama ari nak buat cuma sibuk dan lupa bahawa ada beli barang kuih masa puasa yang lepas (see lama betul baru perasan barang2 nie).. bahan2 nye senang je... tapi arin tak pakai sukat.. nie main hentam je...hehe..

Bahan2:
Coklat masakan 
Cornflakes 
Minyak masak
Paper cup
Manik warna warni 

Cara2:
1. Ambik separuh coklat masakan dan satu sudu minyak masak letak dalam mangkut besi untuk cairkan  (Nie arin guna kaedah double boir). Kacau selama 15 minit cair. Angkat dan letak tepi.
2. Ambik cornflakes letak dalam mangkuk dan ramas secara kasar.selepas itu, ambik coklat yang di cairkan.  Tuang dan gaulkan sampai sebati.
3. Selepas adunan tadi dah sebati, pakai sudu dan sudukan cornflakes ke dalam paper cup.  
4. Hampir semua adunan siap letak dalam cornflakes.  Hiaskan dengan manik2. Tunggu sejuk dan boleh ngap..hasilnya sedap.

Anda harus cuba sebab sedap sehingga menjilat jari. Hehe..nie tak tipu.  Ok la selamat mencuba... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan