19 September 2012

cinta gadis stesen minyak







Sudah setahun Syafira bekerja di Stesen Minyak yang berdekatan di rumah nya. Dia mula berkerja selepas tamat Diploma dalam Sains Komunikasi di salah sebuah Universiti tempat di dalam Negara .  Oleh kerana, zaman sekarang susah mendapat perkerjaan dia mula cuba nasib di tempat  yang berada berdekatan dengan rumahnya.  Allhamddullah rezeki dia Stesen Minyak ini yang jarak hanya sepuluh minit dari rumah.  Walaupaun berbeza apa yang dia belajar tapi yang penting dia tak nak memilih pekerjaan seperti kawan-kawan dia yang lain. Apa yang dia dapat ini dah kira cukup. Sekurang-kurang nya ada pengalaman dekat sini.



“ Selamat datang. Iye… nak isi berapa encik?” Syafira lantas menoleh ke arah penghadang yang memisahkan antara dia dan pelanggan yang membeli minyak. Di saat itu, Dia tergaman melihat muka seseorang yang Dia rasa benci. Seseorang dia rasa geram sangat.



‘ Alahai muka nie lagi. Satu hari nak datang sini berapa kali ek. Adess’ hati syafira berbisik sendiri sambil menayangkan senyum plastik terhadap Fizul. Ok senyum yang tak beberapa nak ikhlas la. Nama pemuda yang hari-hari datang ke stesen minyak itu adalah Fizul Fitri seorang ahli perniagaan muda di syarikat FST. Sebelum ini,  tak pernah seorang ahli perniagan nak turun ke Stesen Minyak melainkan hanya pemandu kereta je yang turun.  Tapi lain pulak pada Fizul Fitri yang akan turun semata-mata untuk melihat gadis pujaan dia iaitu syafira Umairah. Seorang gadis biasa yang mempunyai pangkat juruwang atau ‘cashier’. Bagi Fizul, Syafira cantik, muka bersih tanpa ada sebutir jerawat yang tak berani nak tumbuh, mepunyai mata yang bundar dan bibir yang mungil.


“ Saya nak isi ruang kosong dekat dalam hati awak” Syafira terkedu mendengar perkataan yang keluar dari bibir merah si Fizul. Sementara itu,  dia  menjeling kawan sekerjanya, janah tengah tersengih melihat adegan swasta mereka.


“ Betul-betul lah encik. Nak isi berapa?” di saat ini hati Syafira mendongkol rasa geram yang amat. Nak sahaja dia  baling buku kreaditor dekat si Fizul. Biar dia rasa sakit. Eh… dia akn berasa sakit ke.. kalau mood tengah angau nie. Huh. Syafira sudah lupa akan nasihat Encik Azhar  yang pelanggan yang datang harus di layan macam raja. Nasib baik la keadaan sekarang tak ramai orang. Kalau tak memang Syafira akan berasa  malu tahap nak menyorok bawah meja. Aci tak?



“ Betul la saya nak isi. Apa yang tak betulnye?salah ke saya nak isi dengan cinta dan kasih sayang saya dekat ruang hati awak” sambil tangan si Fizul menghulur duit not RM 50 di  sertakan dengan kad point toup minyak kepada Syafira yang tengah buat muka geram. Dia hanya mampu tersenyum je.



Syafira  terus mengambil duit tersebut. Lalu dia double check balik duit tersebut. Setelah dia  berpuas hati. Dia  menanyakan kembali kepada si Fizul yang segak , tampan  macam Howie iaitu  penyanyi kumpulan Backstreet Boys dengan baju tshirt jenama polo dan berseluar jeans. Nampak sempoi sungguh. Alahai hati…. Eh jangan cair dekat orang macam itu.terus dia kembali fokus.



“ RM 50 ye encik ?” Syafira melihat Fizul  menganggukkan kepala nya dengan senyum yang tak lekang di bibir. Dia  pantas menekan skrin di hadapannya untuk meneruskan kerja.



“ Ok. Encik , nie resit dan kad ECARD encik. Terima kasih. Sila datang lagi” Syafira menhulur resit, kad ecard dan air botol kepda Fizul  dengan senyuman yang manis.


“Sama-sama sayang. Manis senyuman awak Syafira. Hmm.. saya nak no telefon awak boleh tak?senang nanti kalau awak cuti. Saya tak pengsan kerana kerinduan dekat awak” Fizul minta dengan muka tak malu. Dia sudah  siap-siap  dengan kertas dan pen untuk menulis nombor telefon  Syafira. Fizul nie memang muka tembok. Dah Nampak Syafira tak layan. Masih jugak nak mengurat. Macam tu lah kalau orang dah angau. Hehe




“ oh maaf la encik. Saya tak ada telefon. Kalau  nombor ayah saya ada lah. Nak ke?” Syafira mula menayangkan muka dengan senyuman yang menawan. Sengaja  dia  berkata begitu supaya dia  boleh terlepas dari malaun sengal nie.



“ Oh yeke, hmm. Kalau macam itu… bagi la no telefon ayah  awak . senang la bagi saya nak ajak awak keluar.” Fizul melebarkan senyuman yang mempunyai maksud yang tersendiri. Hanya dia sahaja yang tahu.  Syafira terasa dia kena   hempap oleh batu selepas mendengar jawapan dari Fizul. Dia ingt nak mainkan Fizul. Tapi, akhirnya dia terkena balik.



“Aduhai,,, gawat nie. “ desis hati syafira.



“ Ok lah encik. Saya nak teruskan kerja dan apa kata encik bagi laluan kepda orang ramai untuk membeli minyak. Sekian terima kasih.” Pucat sungguh muka Fizul lepas mendengar kata-kata gadis pujaan dia.

‘Tak ape. Ada ubi ada batas, esok hari aku akan datang jua’ hati Fizul mula berkata-kata sambil melangkah ke kereta BMW yang sudah siap di isi minyak oleh budak pam tadi. Dia mula menghidupkan enjin keretanya lalu menekan hon untuk menarik perhatian Syafira tapi Syafira tak layan sebab dia sibuk menguruskan urusan yang tertunggak tadi. Lalu, fizul hanya mampu bersabar sahaja.






“ Sya. Kenapa Sya tak bagi je no telefon  ayah Sya dekat Fizul. Kesian dia.” Janah mula menjadi dektif conan untuk mencari bahan bukti yang penting untuk siasatan dia yang tak pernah jumpa jalan penyelesaiannya.  Dia tahu Fizul itu suka  Syafira.  Kalau tak buat apa Fizul datang hari-hari dan dalam satu hari nak kata dekat hampir lima kali dia datang semata-mata nak jumpa Syafira.  Semuanya untuk Syafira. Tak lain tak bukan Fizul dah penyakit angau yang agak serius.  Parah.




‘agak-agak pergi ke hospital gila, ada tak orang terima orang macam si Fizul nie. Gila separuh angau. Hehehe’ desis hati janah yang sedang mengemas barang untuk di letakkan dalam rak datang.  Kerja-kerja ini memang kena buat setiap hari sebab sebagai langkah berjaga .  kalau orang periksa kualiti kerja datang secara mengejut.  Mahu terkejut pengurus tempat mereka berkerja.  Hehe


“ Janah…. Sya tak nak la.  Buat nya mamat sengal tu datang rumah sya macam mana?  Gerenti bapak Sya suka. Akhirnya , Sya kena khawin  dengan dengan mamat sengal. Tak nak la Sya. Bapak Sya tu tak boleh kira. Asal Nampak baik je orang tu, mula nak terima itu ini. Tak nak-tak nak ” Syafira memang tahu tentang habit bapak dia yang mudah suka dengan kebaikan orang. Lagipun Syafira memang tahu bapak nya nak dia khawin tapi dia tak ada perasaan nak khawain sekranmg sebab dia nak berbakti pada bapak dia dulu baru dia fikir pasal khawin.


“ Ok lah tu. Dia datang rumah, kenal-kenal dengan bakal bapak mertua dia. Kalau bapak Sya dah suka. Kira bonus lah. Tak yah nak melepasi halangan yang penuh onak duri yang macam dekat novel cinta atau cerita korea. Yang paling penting kalau korang berdua nak keluar dah kira ok sebab pihak ‘Imgeresen’ memberi pas untuk korang keluar.” Janah mula membebel tentang kebaikan Fizul datang rumah Syafira. Syafira pulak mula buat pekak. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.




“ chop…chop… Janah, da siap bebel? Kalau dah siap jom buat closing. Sya nak balik awal hari nie. Janah nak balik awal tak? Nanti balik sorang-sorang baru tahu sebab Azrul nak balik awal hari nie sebab dia bagitahu tadi.” Syafira cepat-cepat potong kata-kata Janah. Kalau tak , Janah akan cakap sampai tak ingat nak balik. Cepat-cepat mereka membuat closing kerana hari ini mereka balik malam. Kelihatan di luar tempat mereka duduk. Cuaca dah mendung. Ada tanda-tanda nak hujan.




Tepat pukul 12.00 pagi, mereka sudah menyelesaikan urusan mereka mengira jualan pada hari nie. Syafira dan janah mula mengambil kenderaan masing-masing untuk balik. Nasib baik hari nie, ‘bodyguard’ mereka ada. Kalau tak mengigil mereka nak balik. Walapun mereka dah biasa balik malam tapi malam nie mereka berasa seram sejuk pulak. Sejak-sejak, ada- ada sahaja  kemalangan yang berlaku di jalan yang mereka lalui.  Syafira menekan hon kepada Azrul dan Janah untuk menandakan dia sudah sampai ke kawasan rumah  sebelum dia belok ke selekoh rumah dia.




Syafira meletak motorsikal dekat tempat parking motor di sbelah rumah dia. Dia melihat rumah batu yang di bina oleh bapak dia bercahaya. Itu menandakan bahawa yang bapak syafira belum tidur lagi. Dia cepat-cepat meletakkan helmet yang di pakainya di tempat yang di sediakan. Dia muka kasut lalu letak di almari kasut yang di sisi pintu rumahnya. Dia mula menbuka pintu rumahnya lalu menberi salam.



“ Assalamulaikum… bapak” syafira mula mendapatkan bapaknya di kerusi yang di sediakan di ruang tamu. Ruang yang tak beberapa besar tapi cukuplah kalau lima keluarga duduk untuk bersantai.



“walaikumsalam… ha, Sya da balik?awal hari nie. Selalu pukul 12.30 pagi baru sampai rumah.” Bapak Syafira iaitu encik adam mula melipat surat khabar yang di baca oleh beliau. Itulah hobi Encik Adam bila malam pasti akan membaca surat khabar sebelum tidur.




Orang lain baca surat khabar sebelah pagi  tapi bukan pada Encik Adam sebab dia tak sempat nak baca surat khabar kerana sibuk di ladang nenas yang di usahakan sejak arawah isterinya, Puan Rahimah meninggal dunia sejak lima tahun lepas. Alhamddullah dengan ladang tersebut la, dia boleh menanggung makan minum dia dan Syafira.




“ Ayah… hari nie Sya dapat kira cepat lagipun tak  ramai orang. Kebetulan bos suruh balik awal. Takut ada apa-apa jadi. Ayah tahu kan, zaman sekarang apa-apa boleh jadi. Ayah, dah makan?” Syafira mula merenggangkan badan yang penat sebab kena berdiri waktu kerja tadi. Kerusi Cuma satu satu sahaja, macam mana nak kongsi tiga orang.



Kemudian, dia duduk sebelah Ayah dia untuk bermanja. Dia merasa kan sudah lama tak bermanja-manja dengan Ayah dia . oleh kerana dia selalu balik lambat, Ayah Syafira selalu tidur awal. Esok pagi nak jumpa   Ayah dia pun agak susah kerana pagi-pagi Encik Adam sudah pergi ke kebun. Manakala, dia sedang terbongkang dalam bilik selepas solat subuh.



“ Ayah.. dah makan. Tadi ayah beli makanan dekat kedai mak Piah kamu. Ayah ada simpan kan sikit untuk kamu. Nanti cari dekat peti sejuk dan panaskan ye. Tak sedap kalau makan sejuk-sejuk nie.” Encik adam berkata selepas dia melipatkan surat khabar yang di baca nya. Lalu dia meletak kan surat khabar tersebut ke meja depan yang berhadapan dengan Syafira. Dia membelai tudung yang meliputi rambut Syafira dengan lembut. Dia tahu yang anaknya mahu bermanja-manja dengan beliau.



“ Ok. Ayah. Nanti Sya makan ye. Ok lah Ayah… Syah nak mandi, solat dan makan. Sya dah tak selesalah ayah.” Syafira merenggek macam budak tujuh tahun yang meminta perihatian daripada ibu bapanya. Dia memang dah tak selesa. Lalu, dia bangun dan pergi ke Encik Adam untuk untuk bersalam serta ingin mengucup pipi kanan dan kiri Encik Adam. Itulah amalan yang dari kecik dia lakukan pada setiap malam sebelum tidur.



 OK, ayah faham. Lagipun ayah pun nak masuk tidur. Esok , ada orang nak nenas. Ayah kena petik dekat ladang. Lepas makan, jangan lupa tutup lampu dekat dapur. Jangan membazir.” Kata Encik Adam sambil bangun untuk tidur. Dia kena bangun awal sebab esok orang tempah buah Nenas itu nak Rm 300 biji nak buat Jem Nenas.




“ Orait ayah. Bisa di atur.” Syafira menunjukkan isyarat OK kepada Encik Adam sambil tersenyum. Selepas itu, dia melangkah ke biliknya yang sederhana besar.




 Di dalam bilik  tersebut terdapat  sebuah katil yang bersaiz king yang cukup untuk dia bergolek-golek ke sana sini. Sebuah almari yang sederhana besar cukup untuk memuatkan pakaian dia dan sebuah meja solek. Terdapat jugak bilik air di dalam bilik tersebut. Syafira cepat-cepat mengambil kain tuala yang ada  dekat penyangkut yang terletak dekat almari terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan solat serta ingin makan makanan yang di beli oleh ayah dia.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Hari yang sama. Putaran masa yang sama yang di lalui oleh Syafira sudah di hafal. Hari-harilah Si fizul jumpa dia setiap hari untuk mengurat dia. Lama-lama dia buat bodoh je. Dia tak nak pengurus dia ingat bahawa dia datang kerja nak bercinta. Dia tak nak pengurus menanggap dia macam itu. Sehingga pada satu hari, di saat dia mendengar radio Hot Fm. Tiba-tiba, radio mati. Dia belek radio tersebut ok je. Tak ada yang rosak pun. Dia mula takut. Dia melihat jam punch card baru pukul Sembilan malam. Masih awal nak jumpa Mr. Han. Dia mula seram sejuk. Dia melihat kanan dan kiri, dia mencari janah kawan sekerjanya.



‘mana janah pergi, buang air atau buat bilik air. Dah la aku takut’ bisik kata Syafira yang mula mengigil. kemudian dia mendengar ada orang menyanyi. Dia mencari suara tersebut. Tiba-tiba, dia tergaman melihat Fizul berdiri depan pintu ruangan yang dia bekerja. Fizul mula memetik gitar dan menyanyi lagU.



When I look into your eyes
It’s like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There’s so much they hold
And just like them old stars
I see that you’ve come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up

And when you’re needing your space
To do some navigating
I’ll be here patiently waiting
To see what you find

‘Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We’ve got a lot to learn
God knows we’re worth it
No, I won’t give up

I don’t wanna be someone who walks away so easily
I’m here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you’re still my friend at least we did intend
For us to work we didn’t break, we didn’t burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I’ve got, and what I’m not
And who I am

I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up
Still looking up.

I won’t give up on us (no I’m not giving up)
God knows I’m tough enough (I am tough, I am loved)
We’ve got a lot to learn (we’re alive, we are loved)
God knows we’re worth it (and we’re worth it)

I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up


Tepukan gemuruh dari pelanggan yang sedang isi minyak kepada Fizul setelah dia menyanyikan lagu tersebut menyebabkan Fizul malu Dia memberi senyuman kepada Syafira yang kelihatan tergaman mendengar suara dia yang kelihatan macam Jason Mraz. Dia pun tak sangka boleh menyanyi sebaik ini. Tak sia-sia dia pergi bertapa setelah Syafira buat-buat tak tahu dengan dia beberapa hari nie. Dia harap kali nie, Syafira dapat terima dia. Dia betul ikhlas terhadap Syafira. Lagu nie memberi maksud dia tak akan berputus asa dalam menawan hati suci Syafira.



“ Syafira, lagu nie dia tujukan kepada awak. Harap awak faham maksud saya. Saya tak akan berputus asa untuk menawan hati awak.” Fizul berkata dengan bersungguh-sungguh. Dia harap Syafira dapat memahami setiap perkataan dalam lagu tersebut.



“ Encik Fizul. Lagu nie untuk saya ye. Hm… sedap suara. Pitching tak lari. Boleh masuk dalam program Vokal Bukan Sekadar Rupa tapi nak masuk dalam hati saya jawapan saya TIDAK. So please leave.” Terkeluar komen dari bibir mungil Syafira terhadap nyanyian Fizul. Dah macam ada cara nak mengantikan Mas Idayu jadi pengadil dalam program tersebut pulak.



Tiba-tiba, dia merasa ada orang cubit  tapi dia buat bodoh. Dia tahu siapa yang menjadi tangan ketam tak berbayar. Tak lain tak bukan si Janah. Mesti ada benda Jnah tak puas hati.,



“ Aik.. awak tak cair ke dengan suara saya. Saya nyanyi dengan hati yang ikhlas. Awak rasa ada macam Jason Mraz tak? Hehe.” Sengaja Fizul berkata begitu untuk mengelakkan rasa kecewa yang melanda dekat dirinya. Siapa tak terasa gadis pujaan yang di sayanginya tak memberi respon positif. Hati dia mula hujan. Dah macam hujan kilat sahaja. Huwargh.



“ Cair??!!!... hmm saya tak cair langsung pun sebab awak tak romantik  langsung. Baik awak balik, saya nak buat kerja nie dan buat pengetahuan awak jawapan saya tetap sama macam tadi. TITIK. .” sebenarnya dia cair dengan suara Fizul. Cuma dia cepat-cepat tepis persaan tersebut. Dia tak mahu perasaan tu hadir sebelum masanya.



“ Tak romantik k? itu ke alasan yang awak bagi. Saya tak percaya. Mesti awak cair kan?yelah suara saya sedap.” Fizul mula perasaan bagus. Dia tak percaya sebab tak romantik itu alasan dia kena tolak oleh Syafira. Dai yakin ada sebab lain. Cuma dia tak tahu sahaja.



“ Yup. Tak romantik. Baik awak balik belajar macam mana nak romantic dengan perempuan.” Syafira merasakan dia terlepas cakap sesuatu tanpa niat di hati. Dia melihat Fizul dah tersengih. ‘aduhai. Macam mana boleh terlepas cakap nie. Nie bukan aku nak cakap. Aku nak cakap benda lain la.’ Bisik kata Syafira.




“ Kalau macam itu. Saya akan ikut cakap awak. Saya akan hadiri kursus macam mana nak romantic dengan perempuan. Pada masa yang sama nak bertapa sekali. Saya harap awak rindu saya ye. Ok lah saya nak balik. Jumpa lagi sebulan dari sekarang” Hati Fizul yang di siram hujan kilat mulai surut setelah dia melihat gadis pujaan bagi lampu kuning. Dia tersengih mendengar mulut mungil mengucapkan ayat tersebut.


‘ada harapan nie’ bisik kata Fizul. Setelah melangkah dari kaunter juruwang. Dia bertekad nak belajar romantic. Dia nak Syafira jatuh cinta dengan dia. Dalam fikiran, dia mula mencari nama yang perlu dia minta tolong. Lantas dia teringat sepupu dia yang duduk dekat London yang berjiwa Kasanova. Dia harap sepupu dia boleh bagi tunjuk ajar lah. Kalau tak terlepas peluang nak memiliki hati Syafira. Dia pantas mencari Ipad yang tersedia di dalam kereta untuk melihat jadual kerja dia. Ternaya peluang baik kerana kebetulan dia ada mesyuarat urusniaga dekat London. Mungkin boleh buat dua kerja dalam satu masa.



‘ Syafira sayang. Harap sabar tunggu Fizul balik ea’ harapan Fizul dengan senyuman yang melebar.



“ Oit, Sya suka Fizul ke?” Tanya janh dengan tangan ligat menulis amaun minyak yang telah dia set kan tadi

.

“ Ish.. tak lah. Mana ada suka. Merepak lah janah nie.” Syafira cepat-cepat tutup rasa hati. Dia tak nak janah tahu isi hatinya. Fizul Nampak comel pulak bila dia nyanyi. Comel sangat.



“ Yeke?tak percaya lah. Tu Nampak tersenyum tu?stil nak sembunyi lagi k?.” janah tahu lah Syafira tu sebanra dah jatuh cinta tapi malu nak mngaku. Dia pun tak tahu kenapa Syafira tak nak mengaku. Dia Cuma berharap mereka dapat bersatu kerana mereka macam pasangan di belah dua. Comel.



“ Yela. Dah la tak nak cakap pasal nie lagi. Baik buat kerja janah tu. Sya nak pergi stor angkat barang. K bye.” Syafira mencicit keluar dari kaunter tersebut. Deaktif nie mula aksi dia mengorek rahsia orang. Diua tersenyum. Sebulan dari sekarang baru Nampak muka si Fizul. ‘ish.. Nampak tiba-tiba aku sebut mamat tu. Angau ke’ alahai hati.



-----------------------------------------------------------------------------------------------



Sudah lima bulan  berlalu, Fizul tak datang untuk mengotakan janji untuk menunjukkan aksi romantiknya. Syafira merasakan yang Fizul seorang suka mungkir janji dan suka tanam tebu di bibir. Pada yang sama, Syafira takut ada apa- apa terjadi pada Fizul. Kalau ada apa-apa dekat Fizul. Dia akan berasa bersalah dan menyesal kerana dia tak bagi tahu dia dah jatuh cinta dengan Fizul. Syafira memang akui dia sudah jatuh cinta pada Fizul meyanyikan lagu I WONT GIVE UP. Dia selalu teringat suara lunak Fizul yang ketika itu sedang menyanyi sampai boleh ke bawah mimpi. Dia mearasa sekarng mandi tak basah dan makan tak kenyang Serius memeng dia dah jatuh hati. Tapi kini, hanya tinggal mimpi-mimpi sahaja sebab sampai sekarang Fizul tidak datang untuk tunaikan janji dia. Dia pasrah.


“ Oit. Apa Syah pandang-pandang dekat luar tu?tu la time orang tu ada Syah buat bodoh dan tak layan. Sekarang nie orang tu tak ada. Syah cari pulak.” Sengaja Janah cakap macam tu. Sebenarnya dia geram pada Syafira. Dia merasakan Syafira suka tapi ego je yang lebih. Pantas dia mengeleng- mengelengkan kepalanya.



“ Eh, bila masa janah ada? Syah tak perasan pun janah dekat sini. Bukanya janah pergi solat ke? Mana ada Syah pandang-pandang apa dekat luar. Kalau ada pun tengok budak pam sahaja. Sekejap apa maksud janah, orang itu ada dan tak ada. Syah tak faham?.” Terkejut Syafira mendengar sergahan dari janah. Mahu putus nafas di buatnya. Nasiblah dia tak ada penyakit jantung. Dia faham apa yang janah maksudkan tapi dia buat-buat tak faham. Sengaja.



“ Aik, tak faham ke sape yang janah maksudkan. Aduhai ingat faham. Tak ape biarlah. Abaikan je. Ini Sya dah sembayang ke belum. Kalau belum. Meh, janah take over.dah pergi solat sana. Takut terlepas waktu je.” Janah cepat-cepat menyelit di ruangan pembayaran minyak sebab dia melihat lori yang besar-besar dah mula masuk di perkarangan tempat kerja mereka.



‘Kalau lambat tekan. Nanti abang-abang lori pulak marah’ bisik kata Janah.



“ hehe. Faham. Sengaja buat tak faham. Ok-ok Sya pergi solat. Sila layan abang-abang lori yang kacak tu ye.” Syafira mula ketawa denagn kuat sekali. Tapi setelah kena jelingan maut dari Janah. Pantas dia tutup mulut tapi dalam hati memang ketawa habis.


Dia mula melangkah kelaur untuk sembanyang Asar. Dia ingin berdoa supaya Fizul selamat di mana sahaja lelaki itu berada dan jugak tidak ketinggalan untuk ayah dia serta kehidupan dia sendiri.


Jam menunjukkan pukul 12.00 pagi, kelihatan kawasan tempat Syafira kerja senyap. Dia berasa pelik kerana waktu-waktu macam ini, ada lori dan kereta. Bahkan motor pun ada selalu isi minyak. Pada malam ini, dia merasakan satu kenderaan tak ada melainkan ada sebuah cahaya yang kelihatan di hujung tempat kereta selalu keluar selepas isi minyak. Dia mula menglangkah ke tempat tersebut. Dia ingin bertanyakan dengan seseorang. Mana tahu dekat situ ada orang. Tak salah bertanya, nanti sesat jalan pulak. Eh ada kena denagn peribahasa dengan situasi yang dia hadapi. Apa – apa sahaja lah.


Semakin Syafira dekat dengan tempat tersebut, dia semakin berdebar. Dia memegang dada. Dia merasakan jantung dia mengpam darah dengan lajunya. Apabila smpai tempat tersebut, dia menjadi kaku. Dia melihat seorang insan yang dia rindu selama lima bulan ini. Dia terasa sahaja ingin menangis. Kemudian, orang yang di sayang berpaling menghadap dia. Terkejut.



Syafira melihat Fizul mula bermain gitar. Di sebelah Fizul berdiri kelihatan ada sebuag bunga Ros yang berwarna ungu. Gubahan bunga tersebut cantik. Dai juga melihat ada belon-belon yang berwarna- warni yang di ikat pada setiap batang yang di cacak ke dalam tanah.  Bila Fizul nyanyi dia mula menghayati lagu tersebut.


Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu

*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)


Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu



Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku



Setelah selesai  Fizul menyanyi, Syafira melihat Fizul mula melangakah ke tempat dia berdiri. Kelihatan Fizul Nampak kacak dan tampan dengan baju kemeja ungu dan berseluar slack. Tergugat iman dia.Di saat itu, Fizul memberi dia bunga dan terus menyuakan sebuah kotak baldu merah yang berisi sebuah cincin silver yang bertatahkan satu mutiara. Dia terkejut.



“ Syafira  Umaira Bt Adam, will you marry me? Dan berjanji akan bersama dengan Fizul Fitri Bin Anuar ke akhir hayat?.” Fizul berasa lega kerana dia dapat meluhakan hasrat terpendam dia. Tak sia-sia dia duduk dekat London selama lima bulan. Dia harap kali ini. Syafira akan terima dia. Kalau tidak dia pasrah.




“ Awak… a..wak.. melamar saya ke?” sayfira hampair tergagap. Dia terkejut melihat cincin yang berada di kotak baldu merah yang di sua kan oleh Fizul. Dia tak tahu nak bereaksi macam mana.



“ Ye. Saya tengah melamar awak. Harap awak sudi bersama dengan saya sampai ke akhir  hayat saya. Saya cintakan awak” Fizul meluahan perasaan dengan seikhlas hati. Tak ada unsur ragu-ragu kerana dia yakin Syafira dalah bidadari yang selama ini dia cari.


“ hmm.. awak. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya terima lamaran awak.” Kata Syafira dengan seikhlas hati. Cuma dia tak mampu nak mengucao ‘ saya cintakan awak’, tapi dia akan mengucapnya setelah dia dan Fizul selmat jadi suam isteri. Dia juga yakin bahawa Fizul adalah seseorang yang hadir dalm mimpi dia beberapa lepas. ‘Ya Allah, andai dia jodohku. Kekal kami berdua smpai ke JANNAH.’ Doa Syafira dalam hati.


“ Alhamddulah. Akhirnya awak terima jugak. Terima kasih awak. Jangan risau. Saya akan jaga dan sayang awak ke akhir hayat. Tida dua taupun ketiga. Hanya satu untuk Syafira Binti Adam.” Fizul berasa gembira kerana lamaran dia kali ini Berjaya jugak. Dia ingin memeluk gadis pujaan itu.



“ Eh.. awak. Jangan. Kita bukan muhrim. Tak boleh berpeluk. Kalau nak poeluk selepas ijab Kabul dengan ayah saya ye.” Syafira berasa malu selepas mengucap perkatan tersebut. Tapi sungguh dia melihat, Fizul nak memeluk dia. Nasib baik cepat cegah. Kalau tak percuma sahaja dia dan Fizul khawin percuma. Gelojoh jugak mamat ini.


  Oh maaf saya lupa. Maafkan saya ye. Ok lah . jom jumpa ayah awak. Kalau boleh malam ini jugak saya nak khawin dengan awak.” Kata- kata tiada tapisan dari Fizul menyebabkan Syafira berasa malu. Macam mana Fizul boleh lupa yang Dia Syafira bukan muhrim. Sungguh dia berasa geram. Mahu sahaja dia peluk gadis tersebut yang sudah mencuri hati nya.



“ ish, awak ini gelojoh la. Kalau nak khawin pun sila buat ikut adat melayu ye. Janagna main terjah je. Nanti orang ingat saya nak sangat nak khawin dengan awak pulak.” Sebenarya, Syafira benar-benar ingin kahwin Fizul. Sungguh dia sayang sangAt. Sekarang dia tak hiarau kata-kata Janah. Yang dia tahu malam ini dia dapat mimpi dengan indah. Mimpi dia dengan Fizul serta anak-anak comel mereka.



“ Yes, madam. Esok jugak saya hantar rombongan meminang.” Teruja gila Fizul.Cuma terkilan dia tak dengar Syafira meluahkan perasaan yang mengatakan ‘SAYA CINTAKAN AWAK’. Tak apa, mungkin Syafira berasa malu nak luahkan.  Dia tak hiarau apa. Dia hanya nak fokus kepada bakal suri hatinya. Suka hati apa mereka nak cakap pasal dia, nak cakap dia gelojoh ke apa. ada dia kisah. Janji dia tak sibuk pasal kain orang. Hehehe



Lantas mereka mula meninggalkan Stesen Minyak. Fizul hantar Syafira balik ke rumah. Mereka harap apa yang mereka angankan dan harapan mereka akan tercapai. Semoga niat mereka akan di restui oleh ALLLAH. Sudah semestinya, Encik Adam akan berasa gembira kerana anak gadis dia telah menemui jodoh. Maka, segala tanggujawab dia sudah terlepas. Semoga hubungan Fizul Fitri dan Syafira Umairah akan berkekalan ke akhir hayat mereka.


P/S: SALAM.. nie first karya dekat blog nie. tak sehebat karya mereka yang lain. hanya bila terasa nak menulis lalu saya lakarkan abjad yang hendak di lakarkan. maaf kalau ad sebarang kesilapan atau apa2. kalau saya ad salah mana2 sila tegur2 ye. saya budak baru belajar. segala komen yang negatif dan positif saya terima seikhlas hati. yang baik dari ALLAH. yang buruk datang dari saya sendiri.




DIAM = not down.










14 September 2012

alhmddlah masih panjang umur....





salam.. dan selamat pagi jumaat.... hari nie arin kena flu + semput + deman. arin tak suka dengan keadaan macam nie. dah lah next week kena pergi kl. mungkin arin penat kot kena buat kje dalam satu masa. penat sangat tapi fun la ad kawan boleh bergurau senda. walapun kite orang stress dengan minyak short....* mmng tension  mcm nak berhenti je*


dekat sini arin nk kongsi sesuatu.yang kalau hari nie arin tak taip entri blog makne arin da tak ade... serius memeag tak ada. sebab selasa lepas, naik kereta baru lepas kerja. arin ada macam tertinggal sesuatu dekat opis. lepas tu nasib baik arin angkat kepala time nga raba-raba dekat tempat duduk sebelah pemandu. kalau tak AL FATIHAH untuk arin. arin hampair kena langgar dengan kereta depan. nasib baik dapat elak. kalau tak tahu apa yng terjadi.


selepas da letak tepi kereta dekat bahu jalan. persaan arin gementar dan gemuruh. seakan iye ney terjadi. peritwa 9 bulan lalu terlayar dengak otak. arin banyak mengucap sebelum teruskan perjalanan. kadang-kadang arin terfikir itukah tanda suruh arin dekat ALLAH * hari2 arin berdoa dengan ALLAH* mungkin ALLAH nak tunjukkan sesuatu.


sampai ke saat nie, arin masih gementar dan takut. dan arin tahu MATI TU PASTI. cuma harap di panjangkan umur untuk berbuat baik dan mengamalkan amalan jariah sesama manusia. arin akui banyak dosa arin buat tapi arin akan berusaha untuk 'membersihkan diri'. sesungguhnya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita. amin.


" Ya Allah, panjangkan umur ku untuk berbakti kepada ibu bapa ku yang selama nie besarkan aku, berikan aku jodoh yang baik dan beramal soleh. aku tahu apa yang terbaik untuk hambamu nie. Ya Allah yang maha pengasih, panjangkan umur mak dan  abahkan. berilah kekuatan dan kesihatan yang untuk menyara adik beradik ku. berikan mereka rezeki yang halal. amin" <---- antara doa yang arin doa selepas solat. tak nak taip lebih2 sbb yang lain rahsia.


note to mak dan abah,

akak ina sayang abah dan mak. i love u so much n tq for everthing what ur done..... kalau satu hari akk dah tak ada..... semoga abah dan mak tahu yang akk sayang dekat abah dan mak. maafkan akk dan ampuni segala kesalahan akk. halalkan makan minum akk selama nie. love akk na...









ok la smpai kat sini dulu sbb dah tak mampu nak taip lebih2... air mata da mcm hujan .asyik mengalir je. tak tahu bila nk berhenti. insyllh kite jumpa lagi.


" hargailah orang yang dekat sekeliling kite selagi kite atau mereka masih hidup, apabila mereka sudah tiada  pada masa itu, dah tak guna nak menyesal"




love much arin



7 September 2012

cerpen idea spontan

tajuk ; cinta stesen minyak

status: ngah perah idea kalau tak malas

genre : cerpen.

 
“ selamat datang. Iye… nak isi berapa encik?” aku lantas menoleh kea rah penghadang yang memisahkan antara aku dan pelanggan yang membeli minyak. Di saat itu, aku tergaman melihat muka seseorang yang aku rasa benci.
‘ alahai muka nie lagi. Satu hari nak datang sini berapa kali ek. Adess’ hati ku berbisik sendiri sambil menyanagkan senyum plastic terhadap dia. Ok senyum yang tak beberapa nak ikhlas la.
“ saya nak isi ruang kosong dekat dalam hati awak” aku terkedu mendengar perkataan yang keluar dari bibir merah si dia. Sementara itu, aku menjeling kawan sekerja ku, janah tengah tersengih melihat adegan swasta kami.
“ betul-betul lah encik. Nak isi berapa?” di saat ini hati aku mendongkol rasa geram yang amat. Nak je aku baling buku kreaditor dekat si dia. Biar dia rasa sakit. Eh… dia akn berasa sakit ke.. kalau mood tengah angau nie. Huh. Nasib baik la keadaan sekarang tak ramai orang. Kalau tak memang aku malu tahap nak menyorok bawah meja.
“ betul la saya nak isi. Apa yang tak betulnye?salah ke saya nak isi dengan cinta dan kasih sayang saya dekat ruang hati awak” sambil tangan si dia menghulur duit not RM 50 di  sertakan dengan kad point toup minyak kepada aku yang tengah buat muka geram. Dia hanya mempu tersenyum je.
Aku terus mengambil duit tersebut. Lalu aku double check balik duit tersebut. Setelah aku berpuas hati.aku menanyakan kembali kepada si dia yang segak , tampan  macam penyanyi kumpulan backstreet boys dengan baju tshirt jenama polo dan berseluar jeans. Nampak sempoi sungguh. Alahai hati…. Eh jangan cair dekat orang macam itu.terus aku kembali focus.
“ RM 50 ye encik ?” aku melihat dia menganggukkan kepala nya dengan senyum yang tak lekang di bibir. Aku pantas menekan skrin di hadapkan ku untuk meneruskan kerja.
“ ok. Encik , nie resit dan kad ECARD encik. Terima kasih. Sila datang lagi” aku menhulur resit, kad ecard dan air botol kepda dia dengan senyuman yang manis.

“sama-sama sayang. Hmm.. saya nak no telefon awak boleh tak?senang nati kalau aaaaaawak cuti. Saya tak pengsan kerana kerinduan dekat awak” dia minta dengan muka tak malu. Dia siap denagn kertas dan pen untuk menulis nombor telefon  aku.

“ oh maaf la encik. Saya tak ada telefon. Akalu nombor bapak saya ada lah. Nak ke?” aku tayang muka denagn senyuman yang menawan. Sengaja kau berkata begitu supaya kau boleh terlepas dari malaun sengal nie.

inpirasi dari lagu i wont give up.... 

sebanra nye dah lama nk buat tajuk nie.. tapi isi je tak ade. sekrang dah ade.. so go on je la tajuk nye.... :)
tak tahu nak siap bila.. sbb cerpen sebelum nie pun tak terusik jugak.